Fri. Sep 23rd, 2022

Cucu sepupu Tok Janggut, Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas sebenarnya hanya mengalami cedera di bahu kirinya Ketika kemuncak pertempuran dengan British di Kampunng Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915. Tok Janggut kemudiannya disembunyikan oleh pengikutnya di Hulu Kelantan (Gua Musang) untuk menyelamatkan beliau. Sesudahnya sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu.

Kisah mengenai mayat Tok Janggut yang diarak di sekeliling bandar Kota Bharu yang digantung songsang separuh bogel adalah tidak benar. Mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut dan kisah rekaan dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu bagi memastikan tiada lagi kebangkitan kedua di negeri itu.

Perkara yang sering kali menjadi perosalan ialah sekiranya Tok Janggut masih hidup selepas peristiwa pertempuran di Pasir Puteh itu, kenapa beliau tidak mengistiharkan diri seperti yang dilakukan pejuang Pahang, Mat Kilau.

Pada tahun 1966, Tok Janggut pernah bertemu dengan Mat Kilau di Kedai Lalat, Kota Bharu. Hasil pertemuan itu, Tok Janggut memilih untuk tidak dikenali. Kedaan Tok Janggut yang uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun juga antara sebab dia memilih untuk mendiamkan diri. Meskipun Tanah Melayu Ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al-Fattani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai

Tiga tahun kemudian pada 1969 Mat Kilau menggemparkan negara dengan mengisytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *