Sat. Sep 24th, 2022

Mat Kilau atau nama sebenar beliau Mat Kilau Bin Imam Rasu merupakan pejuang Melayu yang menentang penjajahan British. Mat Kilau dipercayai dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang. Perkara ini telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk Pahang.

Mat Kilau telah berjaya menempuhi cabaran hidupnnya di saat getir di mana beliau berjaya menentang British dan membuatkan pihak British menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *