Post 309: Tun M dan rakan sekutu kemukakan saman terhadap Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad dan enam yang lain mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pemberhentian keahlian dan jawatan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Lima yang lain ialah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jawatan terakhirnya dalam parti selaku Timbalan Presiden; bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda); bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (ahli); bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (ahli) dan bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya (Setiausaha Agung).
Dalam saman itu, plaintif memohon perisytiharan, antaranya mereka adalah ahli BERSATU yang sah, masih lagi memegang jawatan dalam parti (bagi pemegang jawatan) dan layak untuk bertanding pada pemilihan parti.
Mereka memohon perisytiharan bahawa semua surat pemberhentian yang ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Plaintif juga memohon perisytiharan bahawa keahlian Muhyiddin, Hamzah dan Muhammad Suhaimi di dalam BERSATU adalah terlucut, berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 dan/atau 29 Februari 2020, menurut Fasal 10.2.3 perlembagaan parti. Yang turut dipohon, perisytiharan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 adalah tidak terpakai untuk menghalang pelupusan pertikaian berkenaan oleh mahkamah. Perisytiharan lain ialah Fasal 10.2.6 Perlembagaan BERSATU tidak terpakai di atas hal melucutkan/ memberhentikan keahlian semua plaintif.
Mereka juga memohon perintah injunksi dikeluarkan kepada ROS untuk membuat pendaftaran atau pembetulan ke atas semua dokumen BERSATU seperti diperintahkan mahkamah secara serta merta, ganti rugi am dan relif lain difikirkan wajar oleh mahkamah.
Sumber: Berita Harian 10 Jun 2020
- Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih
Thankyou my dear cousin. You have always been a support. Lots of love. Denyse Von Camilla
Merely wanna input that you have a very nice web site, I love the style it really stands out. Kandy Vasili Wiskind
Right here is the right website for anyone who wants to understand this topic. Doretta Teodoro Meletius
Very few sites that come about to be comprehensive beneath, from our point of view are undoubtedly nicely worth checking out. Joy Ingmar Ronda
Hi there, I enjoy reading through your article. I like to write a little comment to support you. Erika Hi Joyan
I really enjoy the blog. Much thanks again. Really Great. Paulie Wiley Caresse
Definitely believe that that you said. Your favorite justification seemed to be at the web the easiest factor to consider of. Brandi Collin Cosetta
I like it when individuals come together and share ideas. Great site, stick with it. Max Brent Attlee
I really liked your article post. Much thanks again. Awesome. Lotty Byrann Tallulah
This is one awesome article post. Thanks Again. Really Great. Vernice Sargent Paugh