Sat. Sep 24th, 2022

Tradisi Ubasute antara tradisi yang telah dijalankan waktu kegelapan didalam sejarah negara Jepun. Tapi adakah perkara ini benar-benar terjadi?

Tradisi Ubasute dikatakan telah diamalkan pada zaman kuno Jepun, dimana tradisi ini dikatakan antara tradisi kejam. Ubasute bermaksud ‘ “meninggalkan wanita tua”. Tradisi ini dikatakan berlaku didalam satu lagenda dimana sebuah keluarga yang miskin yang terpaksa membuat keputusan untuk menghantar ibunya ke pergunungan kerana tidak mampu lagi untuk menjaganya. Anak lelakinya telah mengendong ibunnya ke puncak bukit untuk ditinggalkan sehingga mati bagi mengurangkan beban keluarganya. Ramai yang beranggapan bahawa tradisi ini sebenarnya hanyalah mitos bagi menaikkan populariti Hutan Bunuh Diri (Suicide Forest).

Tradisi ini dikatakan telah terjadi di sebuah perkampuangan kecil dimana sumber ekonomi mereka hannya terhad kepada pertanian sahaja. Terdapat satu musim dimana hujan turun tanpa henti, serangga mula menyerang tanaman dan sebahagian hasil pertanian musnah akibat letusan gunung berapi. Keadaan ini menyebabkan mereka kekurangan sumber makanan dan terpaksa mengambil langkah drastik bagi meneruskan kehidupan. Mengikut orang-orang tua terdahulu, tradisi ini memang benar-benar  dijalankan kerana mereka terpaksa untuk meneruskan kehidupan.

Dengan mengurangkan jumlah ahli keluarga, bekalan makanan dapat digunakan dengan lebih banyak. Untuk warga tua yang tidak bekerja dan dianggap beban, mereka agak kurang bernasib baik pada waktu itu kerana mereka akan dipilih untuk dijadikan korban tradisi Ubasute.

Tradisi Ubasute Pada Zaman Moden

Pada tahun 2015, seorang lelaki bernama Katsuo Kurukawa, berumur 63 tahun mengaku melakukan tradisi tersebut. Semasa kejadian bencana bumi melanda Jepun pada tahun 2011, rumahnya telah musnah dilanda tsunami dan gempa bumi. Beliau telah meninggalkan adiknya Sachiko yang berumur 60 tahun kerana kurang upaya untuk bergerak sendiri.

” Kami tidak lagi dapat tinggal dirumah tersebut dan adik kami menjadi beban, ” dalam satu kenyaataan Kurokawa kepada polis tempatan. Dengan ketiadaan tempat perlindungan dan bantuan perubatan, aku telah memberi sedikit makanan kepadanya sebelum aku mengangkat adik aku ke kawasan hutan untuk ditinggalkan sehingga dia mati.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *