1. Di Quitman, Georgia, sekiranya anda mempunyai ayam, ia dikira melanggar undang-undang sekiranya ayam dibiarkan melintas jalan
Mengikut undang-undang di sana, sudah menjadi kewajipan pemilik ayam untuk menjaga ayam mereka sepanjang masa. Undang-undang ini diguna pakai untuk pemilik ladang ayam dimana jika mereka membiarkan ayam berkeliaran dan bermain di jalan raya mereka bakal dikenakan tindakkan undang.
Georgia mengambil berat terhadap keselamatan dan penjagaan ayam. Sebagai contoh, di Gainesville Georgia, sekiranya anda ingin memakan ayam goreng, anda perlu menggunakan tangan dan tidak boleh menggunakan garpu. Penggunaan garpu mungkin boleh menyebabkan anda dikenakan tindakkan undang-undang.
2. Undang-undang yang melarang tidur bersama keldai didalam tab mandi selepas pukul 7pm
Di Arizona, undang-undang ini dikeluarkan selepas terjadinya satu kejadian pada tahun 1923. Terdapat seorang saudagar telah menyimpan keldainya didalam tab mandi. Terjadi kejadian banjir dimana empangan di kawasan tersebut pecah dan melimpahi kawasan tersebut. Keldai yang disimpan didalam tab mandi itu telah hanyut dibawa arus dan menyebabkan orang ramai berusaha menyelamatkan keldai itu. Selepas kejadian itu terjadi, undang-undang untuk tidak membenarkan menyimpan keldai di dalam tab mandi telah dikeluarkan.
3. Di Scotland, sekiranya terdapat orang asing mengetuk pintu rumah anda untuk menggunakan tandas, anda harus memberi kebenaran untuk mereka masuk
Mengikut undang-undang yang di keluarkan di negara Scotland, ia dikira melanggar peraturan sekiranya kita tidak membenarkan orang asing yang mengetuk rumah untuk menggunakan tandas tidak dibenarkan masuk. Walaupun undang-undang ini mengundang kontroveri, tetapi ia masih terguna pakai di negara tersebut.
4. Di bandar Sarpourenx Perancis mewajibkan pembelian lot kubur sebelum seseorang itu meninggal.
Terdapat kejadian yang menyebabkan undang-undang ini dikuatkuasa dimana mereka yang tinggal dibandar berdekatan akan pindah kesana di saat mereka bakal menemui ajal dan berharap jenazah mereka akan disempurnakan oleh penduduk disana. Datuk Bandar Sarpourenx telah mengambil tindakkan dimana setiap mereka yang tinggal di bandar berlainan tidak dibenarkan masuk ke bandar tersebut sekiranya mereka dalam keadaan nazak melainkan beliau telah membeli lot kubur untuk disemadikan disana sekiranya ajal menjemput. Mereka yang mati tanpa membeli lot tanah kubur akan dijatuhkan hukuman dimana tidak dijelaskan hukuman yang akan diberi.