Sat. Sep 24th, 2022

Kebanyakkan dari kita hari ini hanya mendapat maklumat tentang kekejaman Tentera Nazi dalam menjalankan pelbagai eksperiment terhadap manusia sewaktu perang dunia kedua. Untuk pengetahuan semua, bukan tentera Nazi sahaja yang terlibat dengan perkara ini, Jepun juga turut serta membuat perkara tersebut kepada rakyat dan tahanan perang mereka.

Kekejaman yang dilakukan oleh Imperialis Jepun ini dicatatkan pada abad ke 20. Negara Jepun telah mewujudkan Unit 731 untuk menjalankan pelbagai kajian yang kejam kepada rakyat dan tahanan perang mereka. Kesemua maklumat mengenai perkara ini masih lagi tidak dibongkarkan sepenuhnya kepada dunia hingga ke hari ini.

Selama 40 tahun, segala maklumat yang dilakukan oleh unit ini disimpan rapi sebagai rahsia Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1984, Jepun tidak lagi mampu menafikan perkara ini dimana rahsia mereka terbongkar apabila menggunakan manusia senjata untuk menyebarkan kuman yang merbahaya kepada musuh mereka.

Lebih dari 3000 askar dan penduduk awam disuntik untuk menjadi perumah kepada pelbagai wabak, kuman anthrax dan cholera (taun). Kesemua mereka dianggap sebagai tikus makmal bagi memenuhi kehendak pihak kerajaan pada masa itu. Semua mangsa yang terlibat tidak diberi sebarang ubat penahan sakit atau pelali dan diletakkan didalam ruang yang bertekanan tinggi untuk melihat sejauh mana tubuh manusia mampu bertahan sehingga mereka mati. Terdapat maklumat mengatakan bahawa, kebanyakkan mangsa terkeluar mata daripada soket tengkorak akibat tekanan melampau sebelum mati akibat kehilangan banyak darah dan organ dalaman rosak.

Unit 731 telah ditubuhkan pada tahun 1938. Lokasi kem mereka terletak di kawasan tanah China yang dijajah oleh Jepun pada waktu itu. Unit ini ditubukan khas secara rahsia untuk membina senjata biologi yang diketuai oleh Leftnenan Shiro Ishii. Penubuhan unit ini telah dibantu oleh Universiti dan Sekolah Perubatan Negara Jepun dimana mereka bertindak memberi sokongan tenaga manusia seperti doktor dan pembantu kesihatan.

Mengikut satu laporan yang dibongkarkan, unit ini menggunakan ribuan tahanan China dan penduduk asia yang lain untuk dijadikan sebagai tikus makmal dan menyebarkan penyakit. Hingga ke hari ini, kerajaan negara Jepun tidak mengakui dan bertanggungjawab terhadap laporan tersebut. Ramai tahanan yang mati atas dasar kajian kejam mereka.

Pada saat tentera Jepun menyerah kalah, kem tahanan ini dimusnahkan sepenuhnya tanpa sebarang bukti. Mangsa-mangsa yang terkorban tidak digelar sebagai tahanan atau pesakit, mereka dipanggil sebaga “Maruta”, kayu balak bagi memastikan tiada siapa yang tahu tentang apa yang terjadi disana.

Seramai 400 orang tahanan dan pekerja di kem unit 731 ditembak mati bagi memastikan rahsia kerajaan Jepun tidak terbongkar. Tikus-tikus yang disimpan di makmal disana telah menyebabkan pelbagai penyakit sehingga mengorbankan hampir 30,000 penduduk setempat dimana tikus-tikus yang mengandungi kuman berbahaya dibebaskan begitu sahaja sebelum kem ini dimusnahkan sepenuhnya.

Perkara ini terbongkar apabila terdapat beberapa pegawai yang menyertai unit 731 membongkarkan kepada dunia bagi menghapuskan rasa bersalah mereka terhadap mangsa-mangsa yang terkoban. Sesetengah daripada mereka telah ditangkap di China setelah perang dunia tamat dan dijatuhkan hukuman sebagai tahanan perang.

Ada diantara mereka ditawarkan jaminan keselamatan oleh pihak Amerika Syarikat bagi membuka mulut untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi di kem itu. Tiada seorang pun pegawai yang terlibat dihadapkan ke makhamah negara Jepun kerana kerajaan mereka sendiri telah menganggap perkara ini tidak wujud.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *