US ada bukti, COVID-19 berasal dari China

Post 280: US ada bukti, COVID-19 berasal dari China

Ketika ini beberapa negara Eropah dan sebahagian AS sedang bersedia menarik semula perintah berkurung susulan semakin reda bagi memulakan kembali ekonomi yang terjejas teruk. Lebih 245,000 nyawa menjadi korban dengan 3.5 juta dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia, memaksa kira-kira separuh daripada penduduk dunia terpaksa berkurung, yang menyaksikan kemerosotan ekonomi terburuk.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo semalam, berkata AS ada bukti kukuh wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China, tatkala Beijing dikritik hebat dalam menangani pandemik itu. Presiden AS, Donald Trump yang mengkritik hebat cara China mengendalikan tempoh awal penularan wabak di Wuhan pada hujung tahun lalu, turut mendakwa beliau mempunyai bukti mengaitkan pembabitan makmal itu sejak minggu lalu.

Kumpulan saintis pula percaya virus itu berpunca daripada haiwan dan berpindah kepada manusia berkemungkinan dari pasar eksotik di wilayah terbabit. Pompeo, bekas penasihat Agensi Perisikan Pusat (CIA) memberitahu ABC, bahawa dia bersetuju dengan kenyataan pusat perisikan AS yang mengatakan virus itu bukan buatan manusia atau diubahsuai genetiknya.

Florida menarik balik perintah berkurung bermula hari ini dan akan disusuli negeri lain dengan memperketatkan larangan seperti amalan penjarakan sosial serta lain-lain. Negara Eropah di Atlantik juga sudah bersedia melonggarkan sekatan dengan berhati-hati, seperti di Itali dan di Jerman hari ini membenarkan rakyat keluar beriadah dan mengunjungi keluarga. Sementara Slovenia, Poland dan Hungary pula kembali membenarkan tempat awam dan sesetengah perniagaan beroperasi kembali. Britain pula melonggar perintah itu secara berperingkat dengan Perdana Menterinya, Boris Johnson dijangkakan mengumumkan pelan kerajaan dalam beberapa hari ini. epanyol yang menguatkuasakan perintah berkurung selama 48 hari, kini membenarkan rakyat beriadah. Kebanyakan negara menguatkuasakan pemakaian topeng hidung dan mulut di tempat awam, dalam pengangkutan awam serta merta.

Sumber: Berita Harian dan AFP 4 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment