US Mula Tegas Kepada Penunjuk Perasaan Anti Keganasan Polis

Post 308: US Mula Tegas Kepada Penunjuk Perasaan Anti Keganasan Polis

Perintah berkurung masih dikenakan di Los Angeles County pada Rabu, hari keempat berturut-turut, apabila protes atas kematian George Floyd terus berlarutan. Daerah paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) itu, dengan populasi lebih 10 juta, berada di bawah perintah berkurung dari 9 malam waktu tempatan hingga 5 pagi Khamis, menurut satu kenyataan lembaga yang mengawasi kawasan itu.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh didenda tidak melebihi AS$1,000 (kira-kira RM4,269) atau dipenjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Beberapa bandar lain di daerah itu seperti Santa Monica, Beverly Hills dan Culver City, turut mengenakan perintah berkurung.

Lebih banyak protes dijangka diadakan di bandar-bandar di seluruh California Selatan pada Rabu.

Sumber: Harian Metro 4 Jun 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment