Mon. Nov 28th, 2022

( Transcript )

Bismillah dan Assalamualaikum. Syukur kehadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah kurnia rahmat kasih sayang dan inayah dari Allah Subhanahu wa ta’ala. Alhamdulillah hari ini kita dihimpun di masjid ini, mudah-mudahan majlis ilmu ini diberi keberkatan.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirat yang dihormati sekalian, terlebih dahulu secara muqaddimah saya meminta dan memohon laluan sekiranya di hadapan saya adanya alim-alim ulama, tuan-tuan guru, para asatizah mungkin juga sebahagian daripada dae’i dan para penceramah, ahli-ahli akademik, bijak bijak pandai dan cendekiawan. Tujuan kita mengadakan majlis pada malam ini bukanlah bermakna saya berada dihadapan tuan-tuan dan puan-puan, saya yang paling pandai, paling berilmu, palingg berinformatif atau paling mengetahui. TIDAK

Tetapi program malam ini adalah sekadar perkongian sedikit sebanyak ilmu yang diberikan kepada Allah  untuk kita semua sama-sama dapat mengambil pelajaran dan mengambil iktibar daripadanya mudah-mudahan Allah senantiasa memberi petunjuk, senantiasa memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk sama-sama kita meneruskan kehidupan di dunia ini berlandaskan kepada keredhaan allah.

Mukadimah secarar ringkas yang pertama pada malam ini ialah kita akan membuka dengan firman-firman Allah yang ada keterkaitan dengan isyarat daripada Allah supaya kita umat islam melakukan persiapan melakukan perniagaan, pertahanan, bertahan untuk apa? Bertahan untuk akidah kita, bertahan untuk syariat dan perundangan kita, bertahan untuk hukum-hakam yang melingkari didalam agama kita yang kita sebut sebagai Islam. Antara isyart yangg disebutkan oleh Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 120.

Lafaz permulaan Allah guna dengan lafaz, yang bermaksud di dalam bahasa arab “selama-lamanya”. Yakni musuh-musuh islam yang dikenali sebagai musuh-musuh Allah, tidak kira kalau mereka ini Yahudi atau Nasarani sesekali mereka tidak akan meredha kepada kamu. Siapa itu kamu? Umat Muhammad, Umat Islam, yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam dan Sunnah Rasul.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.