Tue. Nov 29th, 2022

(Transcript)

Syukur kehadrat Allah Subhanahu wa ta’ala.

Marilah kita membaca, menghayati dan merenung dan mentadabur sepotong ayat yang difirmankan oleh Allah didalam surah Al-An’am merujuk pada ayat yang ke 2, sambungan daripada ayat yang telah dibaca pada bulan sebelumnya.

” Dialah yang telah menjadikan ataupun menciptakan kamu daripada tanah dan selepas itu dia menentukan ajalmu yakni merujuk kepada kematianmu dan ada satu lagi ajal yang berada disisinya hanya dialah yang mengetahui tentang ajal tersebut dan kemudian kamu masih lagi ragu-ragu tentang hari kebangkitan itu”.

Baik, sebagaimana yang saya sebutkan di awal tadi ayat yang kita baca kan malam ini adalah daripada sambungan ayat yang pertama sebelumnya yang sudah kita bahaskan pada bulan sebelumnya. Jadi pada malam ini firman Allah, ” dan dialah yang menciptakan atau menjadikan kamu daripada tanah:, ini adalah merupakan pemberitahuan daripada Allah tentang hal tersebut. Sebagaimana kita boleh rujuk kepada tafsir yang mu’tabar yaitu merujuk kepada tafsir Al-Jami’ Li Ahkamil Quran hasil karya Al-Imam Al-Qurthubi atau biasa kita sebut tafsi Al-Qurthubi.

Didalamnya Imam Al-Qurthubi telah memberikan penerangan bahawa sesungguhnya ayat ini mempunyai dua makna ataupun dua kefahaman.  Yang pertama ialah, ini merupakan kefahaman yang lebih masyhur, iaitu sosok tubuh atau personaliti yang dirujuk ataupun dimaksudkan di dalam ayat ini adalah nabi Allah , Adam dan ciptaanya itu merujuk kepada anak-anak Adam ataupun segala cucu keturunan nabi Allah, Adam.

Perlu kita fahami bahawa setiap dahan ataupun ranting ataupun kita sebut cabang, maksud saya disini sama ada dahan, ranting atau cabang ini adalah merujuk kepada anak-anak cucu Adam, ataupun segala keturunan nabi Adam ini sentiasa disandarkan.

 

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.