Fri. May 20th, 2022

Valhalla adalah salah satu cerita yang diambil mengikut mitologi Norse (Mitologi Norse adalah badan yang mengumpulkan mitos-mitos dalam kalangan warga German Utara, selain dari cabang paganism serta zaman Kritianasi Scandinavia, dan cerita rakyat zaman moden Scandinavia. Ia merangkumi mitos dan kisah pelbagai dewa-dewa, makhluk dan pahlawan yang diambil dari pelbagai sumber pada zaman sebelum dan selepas pagan. Sumber-sumber ini diambil dari manuskrip abad pertengahan, sumber arkeologi dan cerita rakyat).

Valhalla merupakan lokasi atau tempat yang terletak di Asgard, di perintah oleh dewa yang bernama Odin. Mereka yang berada di tempat ini adalah mereka terkorban didalam peperangan yang diketuai oleh Valkyries dan dipilih oleh Odin untuk berada di Valhala. Pahlawan yang terkorban yang berada di Valhalla dipanggil sebagai Einherjar. Einherjar terdiri dari pelbagai lagenda pahlawan German dan raja di mana mereka menyiapkan diri kepada Odin untuk menyambut Ragnarok.

Sebelum kewujudan Glasir di Valhalla, ianya hanya dipayungi oleh perisai emas. Terdapat pelbagai makhluk lain yang tinggal Valhalla termasuk rusa Eikbyrnir dan kambing Heiorun. Kedua-dua makhluk itu dikatakan hidup dengan memakan dedaun  Laeror yang terdapat di Valhalla.

Penceritaan Valhalla dikatakan ditulis di dalam kumpulan puisi Poetic Edda, yang di disatukan pada abad ke 13 melalui sumber-sumber tradisi. Ia ditulis oleh Snorri Sturlusin di Heimskringla.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *