Sun. Sep 25th, 2022

Vito Genovese, nama tidak asing dalam dunia mafia. Beliau terkenal dengan kekejamannya, bercita-cita tinggi dalam merapampas kuasa dan ditakuti kerana kekayaannya meletakkan pada reputasi yang tertinggi dalam mengawal semua jenayah yang berlaku di Amerika Syarikat pada akhir abad ke 20.

Beliau merupakan ketua mafia yang dikenali sebagi “Boss of Bossess” (ketua kepada semua ketua), dimana beliau mempengerusikan kesemua kesatuan mafia pada waktu itu.

Genovese dilahirkan di Italy, kemudian berhijrah ke New York seawal usia 15 tahun. Keluarganya menetap di Manhattan’s Little Italy di dalam kejiranan Mulberry Street. Semasa berumur 19 tahun, beliau telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun kerana memiliki senjata api secara haram. Pada masa itulah dia mengenali Charles ‘Lucky’ Luciano (Five Families Gang). Setelah diberi beberapa tugasan dan kepercayaan, Genovese diangkat menjadi orang yang paling dipercayai dan tangan-tangan dalam menjalankan kegiatan jenayah Luciano. Kedua gabungan ini terus berjaya dengan meletakkan nama mereka setaraf dengan mafia-mafia yang digeruni.

Selepas kedua-dua mereka bebas dari penjara, mereka terus menjalankan kegiatan mereka di Little Italy.Pada waktu itu dunia mafia diketuai oleh Masseria “Joe the boss” dan Maranzo. Setelah beberapa ketika, terjadi peristiwa yang dinamakan perang Castellamarese dimana Maseria telah dibunuh di restauran Coney Island oleh Genovese. Perkara ini terus mendapat perhatian Maranzo dan menganggap Genovese berada di pihaknya.

Jangkaan Maranzo meleset, dimana Maranzo sendiri dibunuh pada tahun 1931 oleh Genovese. Dengan kejatuhan dua nama besar di dalam dunia mafia. Genovese mula meletakkan namanya di teratas dalam carta mafia Italy di New Yor dan seterusnya Luciano telah menubuhkan “Five Families Gang”. Luciano meletakkan Genovese sebagai ketua kedua didalam kumpulan tersebut.

Pada tahun 1931, isteri Genovese meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit tuberculosis. Rentetan peristiwa itu, Genovese membunuh salah seorang rakannya dan mengahwini balu rakannya. Kekejaman ini terus menular dalam kalangan dunia mafia selepas Genovese sanggup membunuh rakannya sendiri.

Pada tahun 1936, Luciano (rakan Genovese) telah ditangkap atas pertuduhan menjalankan sindiket pelacuran. Dimana pada waktu itu Genovese ditabalkan menjadi ketua menggantikan Luciano bagi menjalankan kegiatan jenayah kumpulan tersebut. Genovese pulang ke Italy bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka dengan mengikat perjanjian dengan Frank Costello. Perjanjian tersebut telah meluaskan lagi empayar mafia mereka ke seluruh New York.

Genovese telah ditahan oleh pihak berkuasa Italy pada Ogos 1994 atas kesalahan memiliki sebentuk cincin yang dicuri dari kem Askar Amerika Syarikat. Selepas daripada itu, pertuduhan lain dibacakan dimana beliau dituduh membunuh Boccia. Pada tahun 1945 sekali lagi FBI mendedahkan pertuduhan lain dimana beliau dituduh atas bersubahat dalam pembunuhan Ernie ‘The Hawk”. Dengan kekuasaannya, , pada tahun 1946, beliau dibebaskan dari penjara dan mendapat perlindungan dari kerajaan.

Pada tahun 1947, Genovese telah mengarahkan pembunuhan Costello. Pembunuhan itu tidak berjaya tetapi telah menyebabkan Costello melepaskan semua kuasanya dalam dunia mafia. Pada tahun yang sama, Genovese sekali lagi berpakat membunuh salah seorang ketua New York Boss, Albert Anastasia. Anastasia akhirnya dibunuh kedengan dikelar lehernya semasa berada di kedai gunting untuk merapikan rambutnya.

Pada tahun 1959, Genoves sekali lagi ditahan atas kesalahan mengedar dadah dan dipenjarakan selama 15 tahun. Pada tahun 1969, Genovese meninggal dunia semasa didalam tahanan kerana serangan jantung. Sehingga ke hari ini kegiatan mafia Genovese masih lagi berjalan di New York dan tidak dapat dikesan.

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *