Fri. May 20th, 2022

Post 31: Coronavirus

Pada 23 Januari 2020, negara kita dikejutkan dengan penularan wabak Coronavirus di Selangor dan Sabah. Kurang dari 24 jam selepas wabak ini masuk ke negara kita, jiran negara kita Singapura dan Vitenam juga mengesahkan terdapat mangsa yang disyaki dijangkiti wabak ini. Setakat ini (23 Jan 2020), terdapat 647 kes dilaporkan dimana, 4 kes berlaku di Malaysia dan 1 kes berlaku di Singapura. Setakat ini Tanah Besar China mencatatkan kes yang tertinggi iaitu 632 orang mangsa dan 17 kematian.

Post kali ini bukan nak cerita berapa orang yang dah disyakki terkena jangkitan itu. Untuk topik hari ini kami nak kupaskan apakah Coronavirus, cara ianya berjangkit dan langkah yang dapat diambil untuk mengelak jangkitan. Moga bermanfaat untuk semua pembaca.

Apakah Coronavirus?

Coronavirus adalah sejenis virus yang menjangkiti pada kawasan hidung, sinus dan bahagian tekak. Coronavirus pada pertama kalinya ditemui pada tahun 1968. Namanya terhasil daripada  morfologi (bentuk/karekter/ciri-ciri) kepada virus tersebut, “corona” berbentuk seperti mahkota. Pada tahun 1975, International Committee on the Taxanomy telah meletakkan Coronaviridae family dalam sistem penamaan dan pengkelesan organisasi haiwan, tumbuhan dan benda hidup yang berkongsi kualiti yang sama (Taxanomy). Coronavirus merupakan penyakit zoonotic, dimana ia boleh tersebar dari haiwan ke manusia, manusia kepada manusia.

Pada 2019, Novel Coronavirus (2019- nCoV) telah dikesan dan menyebabkan wabak, dimana mangsa pertama yang dikesan adalah di Wuhan, China. Pada awalnya ia disyakki akibat kesan pengambilan makanan laut dan haiwan di pasaran di sana.

Bagaimanakah Coronavirus boleh menjangkiti kita semua?

Ia boleh merebak dari haiwan ke manusia.

Pada 2019, permulaan penyakit ini disyakki menjangkiti mereka yang memakan haiwan hidup dan laut di Wuhan China.

Ia boleh merebak dari manusia ke manusia

Manusia yang dijangkiti dengan virus ini boleh menyebarkan melalui titisan cairan badan. Sangat penting untuk kita mengetahui bahawa, virus sangat cepat tersebar melalui udara (airborne)

Langkah mudah untuk elakkan jangkitan.

  1. Mengamalkan sikap mencuci tangan dan muka (selalu menyimpan santizer di dalam bag)
  2. Elakkan berada di tempat ramai orang
  3. Selalu memakai mask bila berada di luar rumah
  4. Jangan makan kelawar dan ular (kau dah tak benda lain nak makan ke?)
  5. Vaksinasi (tetapi buat masa sekarang masih lagi dalam kajian, business baik kan?)
  6. Sekiranya korang mula rasa macam demam dan batuk. Segerakan ke hospital berdekatan.
  7. Tutup mulut dan hidung anda bila bersin dan batuk di tempat awam. (Tak perlu rajin sangat sebar virus)
  8. Kalau dah selema, batuk, jangan tunjuk rajin nak datang kerja lepastu kau jangkitkan dengan rakan sekerja lain (guna otak sikit ek, sikit je)
  9. Jangan nak suka hati sentuh baby orang dengan tangan anda yang kotor (walaupun tidak nampak, beribu bakteria dan virus di tangan anda)
  10. Minum banyak air yang bersih (bukan arak, lepas minum pergi bunuh orang)

Latest updated

23-1-2020 (Vietnam dikesan terdapat 2 pesakit yang positif wabak ini)

24-1-2020 (Kematian di China meningkat kepada 25 orang)

24-1-2020 (Jepun sahkan pesakit kedua dijangkiti wabak ini)

24-1-2020 (Rakyat Malaysia yang disyakki di jangkiti penyakit ini disahakan Negatif)

24-1-2020 (5 Rakyat Thailand sahkan kes ke-5 Coronavirus

25-01-2020 (Tiga Pelancong China Positif Coronaviru)

25-01-2020 (Kelantan ketatkan saringan di empat pintu masuk )

25-01-2020 (China tutup lebih banyak bandar, sekat 56 Juta penduduk)

25-01-2020 (Jumlah kematian meningkat kepada 41 orang)

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Coronavirus, semoga kita semua dilindungi oleh yang maha Esa. Take care ya guys!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *