Sun. Sep 25th, 2022
Warren Buffet, dikenali sebagai ” Oracle of Omaha” atas kehebatan beliau dalam bidang pelaburan dan perniagaan. Sejak usia muda lagi beliau sudah menceburi bidang perniagaan . Pada tahun 1956 dia telah mewujudkan Buffett Partnership Ltd dan pada tahun 1965 dia sudah berjaya menguasai keselurahan pegangan Berkshire Hathaway. Beliau merupakan antara pelabur yang berjaya pada abad ke 20 ini dan meletakkan namanya setaraf seperti George Soros, Peter Lynch, Carl Icahn dan lain-lain lagi.
Warren Edward Buffet dilahirkan pada 30 Ogos 1930, di Omaha, Nebraska. Ayahnya bekerja di firma saham dan bekerja sebagai salah seorang ahli kongress Amerika Syarikat. Buffet merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Dia mula menunjukkan minatnya dalam pengurusan kewangan sejak kecil lagi. Dia selalu mengikut ayahnya ke firma saham bagi mempelajari perkara yang berkaitan pengurusan kewangan. Pada awal usia 11 tahun, dia mula melabur dengan membeli tiga pegangan saham Cities Service Preferred pada harga 38Usd. Pada awalnya, saham itu menurun pada kadar 27Usd. Tetapi analisis yang dilakukan olehnya tepat dimana dia berjaya memegang pegangannya hingga 40Usd dan seterusnya melonjak hampir 200Usd bagi setiap pegangan sahamnya.

Pada tahun 1942, beliau mengikut keluarganya berpindah ke Fredricksburg, Virginia. Beliau telah menghadiri pengajian tinggi di Woodrow Wilson High School di Washington. Dia kemudian menggunakan wangnya untuk memulakan perniagaan kedai gunting dan menyediakan beberapa peralatan. Selepas beberapa bulan, dia menambah tiga cawangan kedai gunting dan menjualnya pada kadar 1200Usd.

Buffet telah melanjutkan pengajianya dalam bidang perniagaan di University Nebraska pada seawal usia 16 tahun. Dia telah menggunakan simpanan perniagaanya untuk melanjutkan pelajarannya sebanyak 10,000usd  dan berjaya mendapat ijazah perniagaan pertama pada umur 20 tahun. Pada tahun 1951, dia berjaya mendapatkan Master didalam bidang ekonomi di Universti Columbia. Pada tahun 1949, Buffett telah mula bekerja dengan Mentor pelaburanya, Graham sebagai pakar analisis pelaburan di Graham-Newman Corp.

Pada tahun 1956, Buffet telah menubuhkan Buffett Partnership Ltd di kampungnya Omaha. Menggunakan teknik pelajaran yang dipelajari oleh Graham, dia berjaya mencari syarikat yang berpotensi tinggi pada kadar yang rendah. Pada tahun 1960 dan 1965 dia mula mengumpul pegangan saham syarikat Syarikat Berkshire Hathaway untuk menjadi pemegang saham majoriti.

Syarikat Berkshire Hathaway mula berkembang setelah menambah pelaburannya di dalam perniagaan minuman Coca Cola dan Buffet menjadi pengarah syarikat tersebut pada tahun 1989-2006. Hingga ke hari ini, Forbes menanggarkan nilai harta yang dimiliki oleh Buffet hampir 100.1 BillionUsd.  Antara teknik pelaburan yang digunakan oleh Buffet:

  1. Beliau melihat prestasi syarikat tersebut berdasarkan lima hingga ke sepuluh tahun syarikat itu beroperasi.
  2. Kadar keberhutangan syarikat dan liabiliti.
  3. Kadar keuntungan bersih selama 5 tahun.
  4. Usia syarikat yang bakal dilabur.
  5. Syarikat yang berkaitan dengan produk komuditi.
  6. Harga semasa syarikat tersebut dan anggaran pada masa hadapan.

Antara perkara yang kita dapat pelajari oleh Buffet adalah; dia meletakkan pelaburannya dihadapan. Buffet tidak meningkatakn taraf hidupnya dengan tinggal di rumah besar dan memiliki kereta mewah. Akan tetapi kesemua sumber kewangan yang beliau miliki untuk menjadikan aset pelaburannya semakin bertambah sekiranya mendapat peluang untuk membeli saham pada kadar yang rendah.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *