Tue. May 10th, 2022

 

‘Pemergian’ Performed by YAPH
Act By Ahmad Fadli
STREAM :
Spotify : https://spoti.fi/2Gqz3Dx
Soundcloud : https://bit.ly/2RUist1
Video Credits :
Directed By Ahmad Fadli (Cinematic Studio)
Production Cinematic Studio
Ext. Producer LQ MUSIQ
Editor Ahmad Fadli (Cinematic Studio)
Music Credits :
Lyrics by YAPH
Recorded at LQ MUSIQ
Mix & Master by LQ MUSIQ

Lirik

Malam yang tenang, dia termenung melihat bintang,
Kondisi ruang, tidak seperti dulunya lapang,
Semenjak ayahnya pulang, duduk semeja tak pernah sembang,
Tidak menentang, walau semalam baru mengarang,
Tulisannya sekadar lantang

Menangis lagi,
Ibu menjerit tak abis lagi,
Kendiri meratap memori palsu,
Memintal segala polisemi dalam puisi,
Mabuk todi, ayahnya angkat kaki,
Rasian ngeri seperti ruji,
Jadi dia saksikan segala sara bara ini
Tuhan nak menguji

Nyanyikanlah siulan syurga,
Engkau yang merasakannya,
Dunia tak semudah yang kau sangka

Jauhkanlah dari bisikan,
Engkau yang merasakannya,
Dunia tak semudah yang kau sangka

Dah tiga malam, dia berkurung dan duduk diam,
Rasa selamat sebelum pejam,
Rasa selawat cara nak hadam,
Situasi sukar nak dikawal,
Ayahnya kekal walau tak kenal,
Darah dangingnya ini, darah jaminan kelak tak boleh disangkal

Mata ibu dah bengkak, dia merayu suara serak,
Cuba nak lari ayah menghentak,
Sungkur mendesak ibu merangkak,
Riak muka tak nampak,
Dunia ini penuh dengan penipuan,
Jadi langkah terbaik dari pemergian,
Bila tewas melawan tetap melawan

Nyanyikanlah siulan syurga,
Engkau yang merasakannya,
Dunia tak semudah yang kau sangka

Jauhkanlah dari bisikan,
Engkau yang merasakannya,
Dunia tak semudah yang kau sangka

Noted : Ye aku tahu ini lagu lama, tapi pada aku bila aku dengar lagu ini aku boleh nammpak jalan cerita bagaimana sebuah keluarga yang mempunyai masalah. Seorang anak yang cuba bertahan dalam satu institusi keluarga yang “broken”. Pada hari ini aku rasa hampir 40% keluarga di Malaysia menghadapi masalah macam ini. Tidak kira sama ada dibandar atau luar bandar. Suka aku nak ingatkan kepada mereka yang bakal menjadi ketua keluarga. Anda sebagai tunjang harus melepaskan segala perbuatan yang tak senonoh sebelum berpindah ke alam kelurga.

Melodi dan lirik pada lagu ini sangat kena pada aku dalam mendefinisikan karya sedih. Moga Yaph boleh hasilkan karya yang lebih power pada hari yang akan datang.

Peace and out !

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *