Sat. Sep 24th, 2022

Laksamana Yi Sun-Sin merupakan pahlawan perang yang telah menyertai perang antara penjajahan Jepun ke atas Korea. Beliau telah dilahirkan pada 28 April 1545 dan meninggal dunia pada 16 Disember 1598. Sepanjang hidupnya beliau telah telah menyertai 23 siri peperangan dari tahun 1592 sehingga 1598 tanpa pernah tewas dan kehilangan kapal perangnya. Didalam 14 siri peperangan beliau dikatakan tidak meninggalkan seorang musuh yang selamat dan menenggelamkan kesemua kapal tentera Jepun.

Laksamana perang Jepun, Heihachiro Togo berkata kepada Tsushima dimana beliau tidak layak dibandingkan kehebatan dengan Yi Sun-Sin. Beliau merupakan laksama yang tiada tandingan. Disaat kejatuhan beliau, beliau telah dikhianati oleh tenteranya sendiri dimana mereka tidak lagi membantu laksamana hebat ini berperang. Malah lebih parah, dia juga dijatuhkan pangkat atas sebab cemburu dan perebutan kuasa.

Semasa revolusi pertahanan Korea pada tahun 1500 hungga 1800, mereka mula menggunakan belerang untuk membuat senjatan dan bahan letupan. Antara pencapaian paling hebat tentera Korea di bawah Laksamana Yi Sun Shin adalah kapal perang kura-kura. Kapal perang ini bukan dicipta oleh beliau sepenuhnya, tetapi beliau telah menambah baik kapal ini sehingga menjadi kapal perang terhebat pada waktu itu.

Kapal ini dilengkapi dengan 11 meriam pada setiap sisi dan ditambah dengan senjata tambahan iaitu pemanah. Kapal ini mempunyai bentuk naga pada bahagian hadapan. Di bahagian kepala naga tersebut dilengkapi dengan 4 meriam yang mengeluarkan peluru asap bagi mengaburi pihak musuh. Selain itu kepala naga juga digunakan bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak musuh. Ia lebih kepada serangan psikologi kepada pihak lawan. Di setiap sisi kapal dilengkapi lubang-lubang kecil untuk memudahkan mereka memanah dan menembak pihak musuh. Bumbung kapal tersebut ditutup dengan bumbung berduri untuk menghalang musuh menyelinap masuk. Pada waktu itu, kapal perang Jepun lebih besar dan tinggi dari mereka, dengan menggunakan bumbung berduri, musuh tidak akan berani terjun kedalam kapal mereka.

 

Kapal kura-kura ini digunakan pada perang Sacheon pada tahun 1592 sehingga perang Chilchonryang. Korea akhirnya tewas di tangan Jepun kerana terdapat askar Korea yang berhati Jepun telah membelot dan menyebabkan hampir kesemua kapal perang Korea ditenggelamkan. Kapal ini tidak lagi digunakan sehingga perang Noryang.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *