Sun. Aug 14th, 2022

Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi menggesa agar pihak berkuasa menutup kelab Crackhouse Comedy kerana menyajikan lawak jelik dan menyentuh sensitiviti agama serta kaum yang ada di Malaysia. Perkara ini jika dibiarkan bakal menyebabkan masalah perkauman di negara kita. Gesaan ini telah dibuat kerana pemilik kelab tersebut didakwa berulang kali memuat naik kandungan video jelik hina dan menyindir komuniti Malaysia.

Sekiranya premis itu terus beroperasi, Semboyan Malaysia akan mogok di hadapan kelab tersebut sehingga ia ditutup sepenuhnya. Tindakan tegas itu akan diambil agar ia dijadikan iktibar kepada pemilik kelab-kelab komedi lain agar lebih sensitif terhadap keharmonian agama dan bangsa.

Menurut Yusuf Azmi, “Rizal ini dah banyak video dia buat, dia buat benda ini sudah berbelas tahun jadi sebab itu saya nampak tempat ini perlu ditutup. Bila ditutup, ianya menjadi iktibar kepada semua pemilik kelab ‘stand up comedy’ supaya perkara begini tidak berlaku lagi,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pada Rabu.

Turut hadir, pengarah filem, Syamsul Yusof; pelawak, Sharol Shiro dan beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia sekitar jam 5 petang di IPD Brickfields untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab tersebut.

Sumber : Sinar Harian, 13 Julai 2022

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *